1.Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Siapakah yang akan mengambil daripadaku beberapa perkataan lalu beramal dengannya atau memberitahu siapa yang akan mengamalkannya? Jawabku : Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan mengira lima. Sabda baginda ;"Jauhkanlah larangan-larangan nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling beribadah; relalah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan kepadamu nescaya engkau akan menjadi manusia paling kaya; berbuat baiklah kepada jiran nescaya jadilah engkau orang mukmin sejati; Kasihilah orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri nescaya engkau menjadi sebenar-benar muslim dan janganlah engkau banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati". (Maksud hadis)
2.Daripada Abi Hurairah RA rasulullah SAW menyatakan mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi daripada mukmin yang lemah. Dan dalam semua kebaikan maka rebutlah perkara yang memberi faedah kepada dirimu. Dan mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan kamu bersifat lemah. Dan apabila kamu ditimpa bencana jangan kamu mengatakan kalaulah aku berbuat begini tentu akan jadi begini. Bahkan hendaklah kamu berkata bahawa ini adalah suatu ketentuan Allah dan berlaku dengan kehendakNya. Sesungguhnya perkataan 'kalau' ini membuka pintu perbuatan syaitan." (Maksud Hadis).
3.Mencari kekayaan dan kesenangan dunia tanpa dibatasi dengan keimanan dan kemuliaan akhlak akan menjejaskan ketenteraman, mencalar keadilan dan menghakis kemanusiaan. (al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al-Qaradhawy).
4.Orang yang dilanda keluh kesah, kesempitan dada, kosong jiwa, resah dan kesepian hanyalah orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan.(al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al Qaradhawy).
5."Keimanan berperanan besar dalam membatasi jiwa menusia yang sarat dengan sifat loba, tidak cukup dengan yang sedikit, tidak puas dengan yang banyak dan tidak memadai dengan yang halal."./al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al-Qaradhawy).
6.Ilmu adalah panduan, harta adalah alat. Kedua-duanya adalah untuk menegakkan kebenaran, bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan. (Kata-kata Hukama').
7.Jika hati tercemar dengan keburukan dunia, akibatnya terhalanglah ukhuwah yang ikhlas, lantaran hati yang tandus dan malas memikirkan kebenaran. Akhirnya hilang segala nikmat yang Allah SWT berikan, tiada rasa lazat keimanan dan yang tinggal hanyalah tekanan. Insaflah wahai saudaraku, jika kita terlanjur jalan, usah malu mohon keampunan, malah bersegeralah untuk dibimbing kembali kepangkal jalan. Semoga Allah SWT beri keampunan dan kerahmatan .(Kata-kata Hukama')
8.Kenapa ada benci pada sesuatu yang tidak sepatutnya kita membenci. Kenapa kedekut kasih sayang pada orang yang sepatutnya kita memberi? Kenapa bakhil kemaafan pada orang yang menyakiti? Kenapa tiada ukhuwwah, padahal insan lebih mulia daripada haiwan. (Kata-kata Hukama')
9.Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil." (Mafhum Surah AI-Ma'arij :19-21).
10.Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (Mafhum Surah al-Saf :3)
11.Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perkataan yang menyakitkan (Mafhum Surah AI-Baqarah: 263).
12.Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah sekalipun. (Hadis riwayat Muslim).
13.Allah SWT tidak melihat kepada fizikal atau rupa paras kamu. Sesungguhnya Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kamu.(Hadis riwayat Muslim).
14.Siapa yang akan diberikan kebaikan (nikmat) oleh Allah diberikannya penderitaan(lebih dahulu). (Hadis riwayat Bukhari).
S15.esiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa nescaya ia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia mati. (Hadis riwayai Abu Dunya).
16.Manusia lumrah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat. (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmizi).
17.Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya. (Khalifah Umar al-Khattab).
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri clan mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut. (Khalifah Umar al-Khattab).
18.Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya. (Khalifah Ali bin Abi Talib).
19.Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki, yang paling tenang hidupnya adalah orang yang qana'ah (iaitu memada dengan yang ada), yang paling rendah kehidupannya ialah mereka yang menolak dunia, dan yang paling besar penyesalannya ialah orang yang berilmu tetapi melampaui batas.(Kata-kata Hukama').
20.Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah apabila berkata-kata lebih disukainya daripada mendengar. Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi. (Yazid bin Abi Habib).
21.Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk masuk ke dalam perutnya. (Ahmad Athaillah).
22.Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah SWT dan jika menerima bala harus sabar dan jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat daripada Allah manakala bila tergelincir dalam dosa maksiat, maka harus beristighfar. (Abu al-Abbas AIMasri).
23.Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu bersifat pemaaf, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman. (Abul Qasim Al-Junaid).
24.Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (malaslah) anggota tubuh daripada beribadah. (Ahli Hikma.)
25.Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya. (Ahli Hikmah).
26.Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup (qana'ah), yang menjaga diri daripada meminta-minta dan menjadi bapa kepada keluarga yang bertaqwa. Allah SWT marah pada orang yang keji perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta-minta, yang memaksa dan yang kurang cerdik. (ahli Hikmah).
27.Sebuah musibah akan terasa menjadi kenikmatan jika kita berjaya menghadapinya dengan rasa syukur, sabar dan bertawakal serta merenungi hikmah dari setiap kejadian. (Kata-kata Hukama').
28.Rasulullah SAW pernah bersabda : Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika. (al-Hadis).
29.Kunci kebahagiaan seorang hamba adalah jika apabila dia mampu bersyukur atas kurniaanNya, bersabar atas cobaan-Nya dan bertaubat atas dosanya. (Kata-kata Hukama')
30.Jadikanlah masalah itu sebagai ianda cinta ALLAH SWT pada kita bukan sebagai bebanan.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
31.Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).
32.Kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapai melembutkan hati dan manusia yang keras. ((Hamka/.
33.Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, berfambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya. ( Hamka ).
Pergaulan mempengaruhi didikan minda. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah anda hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia agar dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
34.Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. (Imam AlGhazali).
Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)
35.Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan orang itu. (Hamka).
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).
36.Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).
37.Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).
38.Adil dalam budi pekerti ialah mengamalkan iffah (lembut hati). Adil menghadapi Iawan adalah bersifat dengan sifat syaja'ah (berani). Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan sifat bertangguh dan lalai. Adil di dalam masyarakat ialah menenggelamkan kepentingan diri sendiri demi kepentingan masyarakat keseluruhannya ( Hamka ).
39.Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.llmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.llmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).
40.Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama ticlak menyuruh,kalau suruhan ticlak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).
41.Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela. Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur. ( Hamka ).
42.Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia namun kepercayaan tentang adanya ALLAH itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).
43.Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana susunan batu-bata sebuah bangunan, yang satu menguatkan yang lain. (maksud hadis ).
44.Apabila sempuran akal, maka akan berkuranglah perkataan. (Saidina Ali Abi Talib).
45.Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan ticlak mengerjakan amal soleh. (ulama).
46.Sifat pemarah adalah musuh utama akal rasional. (Saidina Ali Abi Talib ).
Sedalam mana pun ilmu seseorang itu, tidak mungkin memberi manfaat kepada dirinya selagi ilmunya tidak dipandu oleh akal. (Lukmanul Hakim).
47.Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).
48.Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu pengetahuan, melatih diri berfikir dan merenungkannya. (Hamka).
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam AI-Ghazali ).
49.Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).
50.Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).
51.Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).
52.Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka don mempelajarinya. (Kata-kata Hukama')
Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain. (Kata-kata Hukama')
53.Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka. (Kata-kata Hukama')
54.Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa. (Katakata Hukama')
55.Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang. (Kata- kata Hukama')
56.Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian. (Kata-kata Hukama').
57.Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu. (Kata-kata hukama').
Sunday, March 8, 2009
MUTIARA HIKMAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment